Ayat Romantik dan Ayat Cinta Buat Kekasih
Ayat Romantik dan Ayat Cinta Buat Kekasih - Hai bertemu lagi dengan saye, pada petang hari ini web mutiara cinta akan nak bagikan tentang ayat cinta dan ayat romantik untuk pasangan kekasih, dimana ayat-ayat cinta buat kekasih ini telah dikaitkan sebagai koleksi ayat-ayat jiwang untuk seorang kekasih, jadi sesiapa yang sedang mencari ayat-ayat cinta buat kekasih janganlah pusing atau risau koleksi ucapan ayat romantik dan jiwang buat kekasih anda banyak terdapat disini ada ayat-ayat jiwang buat girlfriend atau boyfriend, dan masih ada lagi sms kata kata romantis untuk kekasih terbaru, ayat romantik untuk kekasih, Well mari kite tengok dan baca kat bawah ni, jom !!
Ayat-Ayat Cinta yang Romantik, Manis dan Jiwang Untuk Kekasih
Ayat Cinta Islami Untuk Kekasih
Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari
Cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.
Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.
Cinta itu bukanlah menyayangi yang sempurna tapi cinta itu menyayangi yang tak sempurna menjadikannya lebih sempurna.
Bersyukurlah Anda yang merasakan CINTA,memberi CINTA kepada orang-orang di sekitar dan menerima CINTA dari orang-orang di sekitar.
Cinta itu HADIR setiap saat
Cinta itu TERASA dalam tindakan
Cinta itu TERUCAP dalam senyuman
Cinta itu BERSINAR dengan tatapan
Cinta itu HANGAT dalam dakapan
Cinta itu MENYENGAT lewat belaian
Jangan terlalu meratap atas kegagalan bercinta. Cinta kepada manusia dan daripada manusia, tak pernah kekal. Jadi untuk apa kita bersedih, meratap untuk sesuatu yang tak pernah jadi milik kita?
Aku tak pernah menyesal mencintaimu, yang kusesali mengapa tidak sejak dulu aku mencintaimu.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian atau hadiah semata.
Dalam hatiku terdapat rasa cinta yang hebat terhadapmu. Adakah kau juga berperasaan begitu?
Janganlah kau permainkan cintaku. Ketahuilah cintaku terhadapmu adalah tulus dan suci.
Ketika aku sendirian, hanya wajahmu yang indah yang kufikirkan.
Jangan putus asa dengan CINTA. Bahagialah terlebih dahulu dengan dirimu, dan kamu akan menarik seseorang untuk berbahagia denganmu.
Cinta adalah caraku bercerita tentang dirimu, caraku menatap kepergianmu dan caraku tersenyum saat menatap wajahmu
Sesiapa nak tambahkan ayat cinta dan ayat romantik untuk pasangan kekasih yang lain, sila tambahkan di ruang komen. tq