Maka Berhentilah Cinta

Share on :
Maka Berhentilah Cinta - apabila kita bercakap mengenai cinta begitu tidak berkesudahan, bagi peluang ini untuk mengkaji yang akan berada maka berhentilah cinta.

Maka Berhentilah Cinta


Maka Berhentilah Cinta

Maka Berhentilah Cinta


Cinta pasti berakhir
bila si pungguk tidak lagi
rindu akan bulan
atau si katak tidak lagi
berpesta selepas hujan.

Bila dedaun tidak lagi
menari bersama angin
atau laut enggan bersua pantai
cinta pasti berkecai.

Cinta pasti kecundang
bila si lebah tidak lagi
cuba memikat bunga
atau belalang tidak lagi
turun ke padang.

Bila burung tidak lagi
menyanyi bersama mentari
atau awan sentiasa menyendiri
cinta pasti mati.

Andai alam tidak lagi endah
Maka berhentilah cinta.

Nukilan :
Nashé Abdillah

*Puisi ini telah ke udara apabila dibaca oleh DJ Nazrin Nordin pada 24 Julai 2006 semasa segmen “Gegar Pantai Timur” di THR. Puisi ini juga telah diterjemah ke dalam bahasa Mandarin oleh Goh Ying Soon dengan tajuk, àidāngtíngxī. Nashé Abdillah adalah nama pena untuk Nasirin Abdillah.