Kata Kata Indah Madah Cinta Inspirasi Jiwa

Share on :
Kata Kata Indah Madah Cinta Inspirasi Jiwa - Hai berjumpe lagi dengan admin mutiara cinta kali ini akan nak update tentang kata kata indah madah cinta inspirasi jiwa yang dapat membantu anda yang sedang mencari kata kata motivasi dan inspirasi dan juga ada mutiara cinta dan kehidupan. Maka mari langsung kite tengok dan baca kat bawah ni, jom.

Kata Kata Mutiara Menyentuh Jiwa 2014


Kata Kata Indah Madah Cinta Inspirasi Jiwa

Kumpulan Kata Kata Mutiara Cinta Penyejuk Hati


Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Tidak diketahui kesabaran seseorang sehingga tiba masanya dia patut marah.

Janganlah menangis kerana putus cinta tetapi menangislah kerana dosa yang telah dilakukan semasa bercinta. Yang terbaik, bercintalah mengikut batas agama.

Cinta yang hadir tanpa dipaksa adalah jauh lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka janganlah terlalu mencari atau cuba mencari cinta, kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan.

Jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.

Lelaki selesa melafazkan kata CINTA sedangkan perempuan lebih gemar menyembunyikannya tetapi disampaikan melalui renungan matanya.

Cinta, sesuatu yang subjektif dan cinta bukanlah sesuatu yang mampu kau jawab dengan logika.

Cinta semestinya lebih indah dari tulisan cinta atau madah cinta jiwang yang kau baca ini! :)

Cinta sesuatu yang suci. Cinta juga boleh dianggap sumber inspirasi.

Cinta ibarat anak kunci hati yang tidak akan mengizinkan semua ketukan lain kecuali cinta itu sendiri dan sang kekasih hati.

Walau sekuat manapun cinta kita kepada seseorang, simpanlah sikit rasa keraguan di dalam hati. Agar bila suatu hari nanti kita diuji, kita tidak akan terus jatuh rebah tetapi masih ada kekuatan untuk bangun semula.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. Begitu juga dalam usaha meraih cinta si dia!.

Bukan bererti si dia sering memaafkan, kamu terus mengulangi dengan kesalahan yang sama. Belajarlah mencintai tanpa menyakiti sekeping hati.

Jika melepaskannya memang jalan terbaik, maka lepaskanlah. Kerana cinta bukan untuk saling menyakiti tetapi saling mendoakan kebahagiaan masing-masing.

Jangan berubah untuk menyenangkan seseorang yang kau cinta kerana ia mungkin tidak kekal lama. Tetapi berubahlah kerana Allah dan perubahan itu membuat peribadimu menjadi lebih baik.

Cinta sejati dilihat dari tindakan bukan dari sekadar janji-janji manis yang sebenarnya kosong belaka.

Sesiapa nak tambahkan kata kata indah madah cinta inspirasi jiwa yang lain, sila tambahkan di ruang komen. tq